Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beijing hadapi masalah sampah yang semakin meningkat

Song Guojun, seorang profesor di fakulti persekitaran dan sumber alam Universiti Renmin berkata bahawa program mengasingkan sampah sudah dijalankan di Beijing sejak 10 tahun yang lalu tetapi ia perlu diwajibkan supaya lebih berkesan.

Anggaran Waktu Membaca:
Beijing hadapi masalah sampah yang semakin meningkat

(Gambar: Nicolas Asfouri/ AFP)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 09:54PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 10:01PM

BEIJING: Penduduk Beijing membuang lebih 9 juta tan sampah tahun lalu dan jumlahnya semakin meningkat.

Pihak berkuasa bandar mahu lebih ramai orang mengambil inisiatif mengasingkan jenis-jenis bahan buangan secara serius dan merancang untuk meningkatkan penggunaan pembakaran sisa, meskipun idea itu dibantah orang ramai.

Buat masa ini, sekitar 40 peratus daripada sisa domestik di bandar itu dihantar ke tapak pelupusan, tetapi ini dianggap buruk bagi alam sekitar dan mengakibatkan masalah bau busuk. Sampah-sarap yang lain dibakar atau dirawat secara biokimia.

Encik Zhang Yuesheng, timbalan pengarah jabatan kemudahan kebersihan alam sekitar di Suruhanjaya Perbandaran Beijing berkata bahawa pihak berkuasa sudah meningkatkan pembinaan kemudahan pembakaran, dan pada tahun 2035 tiada sampah daripada kawasan perumahan akan ditimbus.

Adalah penting untuk menggalak orang ramai supaya mengasingkan sampah sarap mereka mengikut jenis, kerana ia bukan saja membolehkan pengitaran semula, tetapi juga meningkatkan kecekapan proses pembakaran dengan mengeluarkan bahan-bahan yang tidak sesuai.

Sehingga kini, sekitar 30 peratus daripada 323 kawasan kejiranan yang berdaftar di Beijing sudah mula mengasingkan sampah domestik, dan diharapkan bahawa menjelang 2020, jumlah itu dapat ditingkatkan kepada 90 peratus.

Song Guojun, seorang profesor di fakulti persekitaran dan sumber alam Universiti Renmin berkata bahawa program mengasingkan sampah sudah dijalankan di Beijing sejak 10 tahun yang lalu tetapi ia perlu diwajibkan supaya lebih berkesan.

Feng Xiangpeng, ketua jabatan sisa pepejal di Suruhanjaya Perbandaran Beijing berkata bahawa bagi menyelesaikan masalah sampah yang semakin meningkat itu, bukan saja penting untuk pengitaran semula tetapi juga mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan