Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beberapa pelajar sekolah nyaris maut dek jalan runtuh

Seorang pemandu van dan beberapa pelajar Sekolah Kebangsaan Antaroh nyaris maut awal hari ini (7 Feb) apabila kenderaan yang dinaiki mereka hampir terjunam ke dalam cerun curam berdekatan jalan berdekatan sekolah itu runtuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa pelajar sekolah nyaris maut dek jalan runtuh

Gambar: Paren Nyawi

Diterbitkan : 07 Feb 2018 10:08PM Dikemas Kini : 07 Feb 2018 10:10PM

KAPIT: Seorang pemandu van dan beberapa pelajar Sekolah Kebangsaan Antaroh nyaris maut awal hari ini (7 Feb) apabila kenderaan yang dinaiki mereka hampir terjunam ke dalam cerun curam berdekatan jalan berdekatan sekolah itu runtuh.

Mereka bernasib baik apabila pemandu tersebut sempat memberhentikan kenderaan itu dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.40 pagi. Hanya roda kiri bahagian depan van itu mencecah tebing cerun berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan kita menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian pada 8.09 pagi hari ini,” kata Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian.

Laluan kira-kira 30 meter panjang di Kilometer 1.1 Jalan Antaroh, Sungai Sebening menuju ke Sekolah Kebangsaan Antaroh itu runtuh akibat tanah susur berikutan hujan lebat berterusan sejak malam semalam (6 Feb).

Beliau berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit mengambil tindakan segera dengan meletakkan tanda amaran dan penghalang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kapit itu turut menambah bahawa pihak JKR sedang membuat jalan alternatif berhampiran jalan tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai. 

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kapit berkata, panggilan mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pemandu van yang membawa pelajar-pelajar sekolah terus ke balai pada sekitar 6.30 pagi.      

Menurutnya, pihaknya yang tiba di tempat kejadian kemudian memberikan bantuan untuk menarik van itu ke tempat selamat.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan