Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi telan 'jutaan' mikroplastik dari botol susu: Kajian

Bayi yang minum dari botol susu mungkin menelan lebih sejuta kepingan mikroplastik pada setiap hari, menurut satu kajian terbaru pada Isnin (19 Okt) yang menarik perhatian terhadap lambakan plastik dalam produk makanan kita.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi telan 'jutaan' mikroplastik dari botol susu: Kajian

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 24 Oct 2020 09:48PM Dikemas Kini : 24 Oct 2020 09:53PM

PARIS: Bayi yang minum dari botol susu mungkin menelan lebih sejuta kepingan mikroplastik pada setiap hari, menurut satu kajian terbaru pada Isnin (19 Okt) yang menarik perhatian terhadap lambakan plastik dalam produk makanan kita.

Penyelidik di Ireland meneliti kadar pelepasan mikroplastik dalam 10 jenis botol susu bayi atau aksesori yang diperbuat daripada polipropilen, iaitu jenis plastik yang biasa digunakan untuk menghasilkan bekas makanan.

Mereka mematuhi garis panduan rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)dari segi proses pembersihan kuman dan langkah-langkah penyediaan susu formula.

Dalam tempoh ujian selama 21 hari, pasukan itu mendapati botol susu melepaskan antara 1.3 dan 16.2 juta mikropartikel plastik untuk bagi setiap liter.

Mereka kemudiannya menggunakan data tersebut untuk membuat unjuran potensi bayi di seluruh dunia terdedah kepada mikroplastik daripada penyusuan menggunakan botol susu berdasarkan kadar purata penyusuan susu badan ibu.

Data itu menganggarkan secara purata bayi yang minum dari botol susu menelan kira-kira 1.6 juta mikropartikel plastik setiap hari sepanjang tempoh 12 bulan pertama dalam hidup mereka.

Penulis kajian itu yang menerbitkan laporan tersebut dalam jurnal Nature Food mendakwa kaedah pembersihan kuman dan pendedahan kepada suhu air yang tinggi memberi kesan besar kepada pelepasan mikroplastik, dari 0.6 juta partikel setiap liter air pada suhu 25° Selsius kepada 55 juta seliter pada suhu 95° Selsius.

Menurut penyelidik terbabit kepada AFP, matlamat kajian mereka "bukan untuk membimbangan ibu bapa" tentang potensi risiko botol mikroplastik kepada kesihatan.

Kajian mereka juga mendapati bayi di negara-negara maju mungkin menelan lebih banyak plastik iaitu 2.3 juta partikel sehari di Amerika Utara dan 2.6 juta di Eropah.

Ini berpunca daripada kadar penyusuan susu badan ibu yang rendah di negara-negara kaya.

Menurut mereka kadar pelepasan mikroplastik boleh dikurangkan dengan mengambil langkah-langkah tambahan termasuk membilas botol dengan air sejuk serta menyiapkan susu formula menggunakan bekas yang diperbuat bukan daripada plastik sebelum diisikan ke dalam botol susu.

Sumber : AFP/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan