Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi Syria ini dilahirkan dengan dua kepala

Dia didiagnosis dengan ensefalosel, yang dianggarkan menyerang satu daripada 12,000 bayi, semasa di dalam rahim.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi Syria ini dilahirkan dengan dua kepala
Diterbitkan : 10 Aug 2018 10:38PM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 10:47PM

ANTAKYA: Abdullatif Shekrak dilahirkan dengan sebahagian otaknya terjojol daripada kepalanya. Namun, beliau terselamat daripada maut selepas menjalani pembedahan penuh berisiko untuk memasukkan semula bahagian otak yang tersembul itu. Ini menurut Dailymail.

Dia didiagnosis dengan ensefalosel, yang dianggarkan menyerang satu daripada 12,000 bayi, semasa di dalam rahim.

Dailymail melaporkan bahawa keadaan tersebut berlaku apabila tengkorak bayi tidak ditutup dengan betul, menyebabkan otaknya terjojol daripada tengkoraknya.

Abdullatif dilahirkan dengan ketumbuhan seberat 1 kilogram, yang kelihatan seakan-akan dia mempunyai satu lagi kepala.

Para pakar bedah terpaksa melakukan pembedahan ke atasnya meskipun dia baru berusia tiga hari. Prosedur rumit itu berjaya memasukkan semula bahagian otaknya yang tersembul itu.

Ibu Abdullatif, Sana Hilel, dari Aleppo, memutuskan untuk menyeberangi sempadan Turki untuk melahirkan anaknya yang ketujuh itu.

Dr Mehmet Koparan, yang melakukan pembedahan tersebut mendakwa bahawa kes ensefalosel seteruk ini boleh membawa maut.

Menyusuli pembedahan itu, Abdullatif dirawat di unit jagaan rapi dan selepas lapan jam dipantau, dia dibenarkan bernafas sendiri, lapor Dailymail lagi.

Menurut Dr Koparan, Abdullatif sudahpun dibenarkan keluar hospital dan beliau yakin Abdullatif akan dapat menjalani kehidupan yang normal.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan