Images
  • baby generic
    Gambar hiasan. (Gambar: AFP) 

Bayi perempuan ditemui dalam beg pakaian

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam beg pakaian di hadapan sebuah rumah, yang terletak di tingkat tiga sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, Selangor pada petang semalam (8 Jan).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai bayi itu daripada seorang lelaki pada pukul 1.34 petang.

"Anggota kereta peronda polis (MPV) bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan, dan pemeriksaan ke atas bayi yang dilakukan pasukan perubatan mendapati bayi itu masih hidup,” katanya semalam (8 Jan).

Encik Hamzah berkata bayi berkenaan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. 

- BERNAMA/AI/ai

Top