Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi perempuan baru lahir ditemui di surau

Jemaah surau di sebuah kampung digemparkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di surau berkenaan awal pagi tadi (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi perempuan baru lahir ditemui di surau

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Nov 2018 10:47AM Dikemas Kini : 29 Nov 2018 10:53AM

BATU PAHAT: Jemaah surau di sebuah kampung digemparkan dengan penemuan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di surau berkenaan awal pagi tadi (29 Nov).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata kehadiran bayi itu disedari oleh bilal yang terdengar suara tangisan ketika sampai ke surau awal pagi.

Selepas diperiksa, bilal itu menemui satu bungkusan mengandungi seorang bayi yang dibalut dengan kain pelikat dan tuala, ditinggalkan di atas tangga di pintu masuk surau.

“Bilal itu kemudian menghubungi Balai Polis Senggarang untuk memaklumkan kejadian," kata ACP Azhan.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail dan berada dalam keadaannya stabil. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan