Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi maut, 3 budak parah disyaki dikelar ibu sendiri

Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala tiga kanak-kanak lain cedera parah dipercayai dikelar di bahagian leher oleh ibu kandung sendiri di Pulau Mantanani petang tadi (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi maut, 3 budak parah disyaki dikelar ibu sendiri

Pesuruhjaya Polis Sabah Omar Mammah. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Oct 2018 10:57PM Dikemas Kini : 18 Oct 2018 11:01PM

KOTA BELUD: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut manakala tiga kanak-kanak lain cedera parah, dipercayai dikelar di bahagian leher oleh ibu kandung sendiri di Pulau Mantanani petang tadi (18 Okt).

Kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 1.00 tengah hari di Kuarters sebuah resort di pulau itu, dikenali sebagai Jerry, manakala yang cedera parah dikenali sebagai Jehan, 5 tahun, Melati, 7 tahun, serta Nurul Hanisa, 8 tahun, dan ketiga-tiga mereka dihantar ke hospital di Kota Belud untuk menerima rawatan.

Ibu kanak-kanak itu, yang berusia dalam lingkungan 30-an, disyaki cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya sendiri dan beliau yang ditahan polis kini menerima rawatan di hospital.

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak berkuasa oleh ayah mangsa sendiri, yang berumur 54 tahun, dan ia dipercayai berpunca daripada gejala kemurungan yang dialami suspek.

Pesuruhjaya Polis Sabah Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sumber : Bernama/TQ/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan