Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi masih bertali pusat dijumpa dalam kotak ditinggalkan tepi jalan

Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat, ditinggalkan di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah rendah, pagi tadi (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi masih bertali pusat dijumpa dalam kotak ditinggalkan tepi jalan

(Gambar hiasan: Janko Ferlič/Unsplash)

Diterbitkan : 03 Jul 2019 04:06PM Dikemas Kini : 03 Jul 2019 04:09PM

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih bertali pusat, ditinggalkan di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah rendah, pagi tadi (3 Jul).

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata bayi itu diletakkan di dalam sebuah kotak sebelum dijumpai orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 8.20 pagi.

Beliau berkata polis yang menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 40 tahun bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 100 meter dari Sekolah Kebangsaan Darul Hikmah, Jalan Jelai itu, dan mendapati bayi itu masih hidup.

“Bayi itu diberikan susu dan ditukar lampin oleh seorang tukang cuci di sekolah berkenaan sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Katanya setakat ini keturunan bayi masih belum dapat dikenal pasti kerana dipercayai baru sahaja dilahirkan, dan bayi yang kini berada di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

ACP Rozi seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil bagi membantu, dan menurutnya kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan