Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi lelaki dijumpai dengan kesan gigitan anjing

Seorang bayi lelaki dijumpai dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan anjing berdekatan sebuah kedai serbaneka di Jalan PSK1, Seri Kembangan, awal pagi Ahad (7 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi lelaki dijumpai dengan kesan gigitan anjing

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 07 Oct 2018 07:24PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 07:28PM

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dijumpai dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan anjing berdekatan sebuah kedai serbaneka di Jalan PSK1, Seri Kembangan, awal pagi Ahad (7 Okt).

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai bayi yang dibalut dengan kain itu sekitar 4.13 pagi.

“Terdapat kesan kecederaan di kaki dan lutut bayi itu dipercayai digigit anjing. Bayi dipercayai berusia beberapa hari dan bangsanya belum lagi dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, bayi tersebut dihantar ke Hospital Serdang dan ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) hospital itu tetapi berada dalam keadaan stabil. 

“Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya. 

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi membantu siasatan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan