Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi dilahirkan di Arafah di tengah musim haji

Seorang bayi lelaki dilahirkan di tanah suci di Arab Saudi pada Isnin (20 Ogos) sedang para jemaah menunaikan ibadat haji.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi dilahirkan di Arafah di tengah musim haji

Bayi bernama Wadah yang dilahirkan di Arafah (Gambar: Twitter)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 01:31PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 01:38PM

JEDDAH: Seorang bayi lelaki dilahirkan di tanah suci di Arab Saudi pada Isnin (20 Ogos) sedang para jemaah menunaikan ibadat haji.

Menurut laporan Saudi Press Agency yang ditukil laman Arab News, seorang wanita warga Jordan selamat melahirkan bayi tersebut di Hospital Jabal Al-Rahma di Arafah.

Arafah yang terletak 20 kilometer dari tenggara Makkah, merupakan kawasan di mana para jemaah haji berkumpul untuk berwukuf pada hari kesembilan bulan Zulhijjah bagi rukun terpenting haji.

Menurut laporan Saudi Press Agency lagi yang ditukil Arab News, bapa kepada bayi itu menamakan anaknya Wadah sempena pengarah hospital tersebut kerana memberi perhatian dan penjagaan yang baik.

Arab News menambah bahawa para kakitangan hospital menyediakan jagaan perubatan kepada anak dan ibu itu dan berada dalam keadaan sihat.

Saudi Gazette melaporkan sembilan bayi dilahirkan di tanah suci menjelang musim haji kali ini.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan