Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi bertali pusat dicampak dari tingkat 3

Seorang bayi perempuan ditemui masih hidup meskipun dicampak dari tingkat tiga sebuah bangunan dalam insiden yang berlaku di Jawa Tengah pada Selasa (2 Okt), sekaligus mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi bertali pusat dicampak dari tingkat 3

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 03 Oct 2018 07:31AM Dikemas Kini : 03 Oct 2018 07:33AM

SEMARANG: Seorang bayi perempuan ditemui masih hidup meskipun dicampak dari tingkat tiga sebuah bangunan dalam insiden yang berlaku di Jawa Tengah pada Selasa (2 Okt), sekaligus mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang ramai.

Menurut laporan Detik News, bayi malang itu ditemui oleh seorang penjaga tempat letak kereta pada sekitar 12.30 tengah hari waktu tempatan, di belakang bangunan sebuah pusat beli-belah di Kota Magelang, Indonesia.

"Pada mulanya saya menyangka bunyi dentuman itu disebabkan oleh buah sukun kerana di sebelah kawasan tempat letak kereta ini terdapat pokok sukun.

"Tetapi bila diperiksa, ada seorang bayi terlentang di atas tanah," kata Romadon kepada Detik News.

Sementara itu, Ketua Polis Magelang Tengah, Penolong Pesuruhjaya R Sukendro memaklumkan bahawa bayi tersebut sudah dihantar ke hospital dan keadaannya dilaporkan stabil.

"Bayi itu selamat tetapi mengalami kecederaan di pipi, tangan, punggung dan dada," kata beliau.

Detik News turut menukil Encik Sukendro sebagai berkata, pihaknya sudah menahan seorang wanita berusia 24 tahun untuk membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 77 Kanun Keseksaan kerana membuang kanak-kanak atau bayi yang masih hidup. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan