Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi baru lahir terselamat walau dilontar dari tingkat 5

Seorang bayi baru lahir yang dipercayai dibuang dari balkoni tingkat lima, ditemui terselamat apabila terjatuh atas pokok pisang.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi baru lahir terselamat walau dilontar dari tingkat 5

(Gambar hiasan: Raul Arboleda/AFP)

Diterbitkan : 05 Oct 2018 09:54AM Dikemas Kini : 05 Oct 2018 09:59AM

BANGKOK: Seorang bayi baru lahir yang dipercayai dibuang dari balkoni tingkat lima, ditemui terselamat apabila terjatuh atas pokok pisang.

Para penduduk di blok flat di Samut Prakan, Thailand, terdengar tangisan bayi itu pada Isnin (1 Okt),10.30 pagi, menurut Daily Mail.

Mereka lalu memanjat pagar dan menemui bayi lelaki itu di celah-celah pokok pisang di belakang flat itu. Uri dan tali pusat bayi itu masih terlekat.

Namun yang menakjubkan adalah bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan calar sedikit dan tanda-tanda digigit nyamuk.

Para pegawai polis dikatakan sedang mencari remaja yang tinggal di sebuah bilik di tingkat lima bangunan itu. Menurut Daily Mail, remaja itu sebelum ini dilihat sedang sarat mengandung.

"Polis telah menyiasat dan kami yakin bahawa bayi itu adalah anak kepada seorang remaja yang melahirkan secara rahsia di sebuah bilik di tingkat lima," menurut Leftenan Kolonel Amnat Charoen, dari balai polis daerah Samrong Nua.

'Bayi itu dijaga di hospital, tetapi dia selamat dan pulih dengan baik. Dia sihat," tambah beliau seperti ditukil Daily Mail.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan