Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi baru lahir dijumpai mati dalam tandas pesawat

Polis Indonesia menahan seorang wanita yang disyaki ibu kepada bayi baru lahir yang dijumpai mati dalam tandas sebuah pesawat di lapangan terbang antarabangsa Jakarta.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi baru lahir dijumpai mati dalam tandas pesawat

Pesawat Etihad Airways. (Gambar fail: HASAN MROUE /AFP)

Diterbitkan : 08 Jan 2018 07:43AM Dikemas Kini : 08 Jan 2018 07:46AM

JAKARTA: Polis Indonesia menahan seorang wanita yang disyaki ibu kepada bayi baru lahir yang dijumpai mati dalam tandas sebuah pesawat di lapangan terbang antarabangsa Jakarta.

Hani, 37 tahun yang merupakan seorang pekerja asing dari Cianjur Jawa Barat, ditahan sebaik sahaja tiba dari Bangkok di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta sekitar pukul 1.00 pagi, menurut Ketua Polis Lapangan Terbang, Ahmad Yusef.

"Dia kelihatan tidak sihat dan tidak akan disoal siasat sehingga pulih. Wanita itu kini berada di pusat kesihatan lapangan terbang," Encik Ahmad memberitahu AFP.

Polis mengesyaki Hani, yang bekerja sebagai pembantu rumah di Abu Dhabi selama empat tahun, melahirkan bayinya secara senyap-senyap semasa dalam pesawat Etihad dari sana ke Jakarta semalam.

Sekitar empat jam selepas berlepas, wanita itu mula mengalami pendarahan, memaksa juruterbang melencongkan pesawat ke Bangkok.

"Wanita itu menaiki kelas ekonomi tetapi dipindahkan ke kelas bisnes dan diberikan pelitup oksigen. Juruterbang mengumumkan bahawa kami terpaksa melencongkan pesawat ke Bangkok," seorang anak kapal, Francesco Calore memberitahu AFP.

Sebuah pasukan perubatan kemudian menaiki pesawat untuk mengambil Hani setelah pesawat Airbus A330 itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, tambah beliau.

Pesawat itu berlepas untuk ke Jakarta kira-kira sejam kemudian tanpa wanita berkenaan, yang diterbangkan ke Jakarta menaiki pesawat lain.

Tukang bersih di lapangan terbang Jakarta menjumpai bayi yang sudah mati, dibungkus dalam beg plastik dan diletakkan dalam laci di salah sebuah tandas pesawat, ujar Encik Ahmad, sambil menambah punca kematiannya bagaimanapun masih belum diketahui.

Sekitar lima juta rakyat Indonesia bekerja di luar negara dan kira-kira 70 peratus merupakan wanita yang bertugas sebagai pembantu rumah.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan