Images
  • baby
    Gambar hiasan. 

Bayi baru lahir dijumpai dalam semak

BALIK PULAU, PULAU PINANG: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam semak samun di tepi sebuah rumah di Lintang Nelayan Kuala Sungai Pinang, pagi tadi (4 Feb).

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata pihaknya menerima maklumat pada pukul 11.40 pagi tadi daripada seorang lelaki berusia 56 tahun yang menyatakan sudah menjumpai bayi itu berbungkus di dalam plastik hitam.

"Siasatan awal mendapati bayi seberat 1.9 kilogram itu dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan sempurna bertali pusat.

"Bayi lelaki itu telah selamat dibawa ke wad bersalin Hospital Balik Pulau, untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini (4 Feb).

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarangan maklumat berkenaan insiden itu boleh menghubungi balai polis terdekat.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- Bernama/Nk/nk

Top