Images
  • India protest
    Ramai wanita India mengadakan bantahan kerana kes jenayah terhadap wanita di India kian meningkat. (Gambar fail: Sajjad Hussain/ AFP)

Bayi 8 bulan cedera teruk selepas dirogol sepupu

NEW DEHLI: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dirogol sepupunya sendiri. Demikian menurut laporan BBC.

Bayi itu dibawa ke hospital pada Ahad lalu (28 Jan). Polis India menyatakan bayi tersebut "mengalami kecederaan teruk pada beberapa organ pentingnya" seperti yang ditukil Times of India.

Bayi itu harus menjalani pembedahan selama tiga jam.

"Tangisannya boleh didengar di unit rawatan rapi. Dia mengalami kecederaan teruk pada organ-organnya," kata Ketua Suruhanjaya Delhi bagi Wanita Swati Maliwal melalui kirirman tweet.

Ibu bapa bayi berkenaan meninggalkan bayi mereka bersama ibu tertuduh. Suspek kemudian membawa bayi itu ke sebuah bilik di tingkat dengan memberi alasan untuk bermain-main dengannya. Dia kemudian menyerang bayi tersebut secara seksual.

Menurut Times of India, ibu bayi itu hanya menyedari nasib anaknya itu apabila beliau pulang daripada kerja dan mendapati anaknya menangis dan mengalami pendarahan pada bahagian kemaluan.

Tertuduh pada awalnya menafikan perbuatan keji itu, namun dia melarikan diri tidak lama selepas itu dan ini mengesahkan kecurigaan polis terhadap pembabitannya. Polis menjejaki dan menahannya.

Dia mengaku melakukan jenayah itu semasa disoal siasat.

Pemerintah India sudah menguatkuasakan undang-undang lebih ketat ke atas keganasan seksual sejak insiden yang meragut nyawa seorang pelajar pada 2012. 

- Agensi berita/AQ/aq

Top