Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi 6 bulan terselamat dalam serangan udara Israel yang bunuh 10 anggota keluarga

Seorang bayi berusia enam bulan terselamat dalam satu serangan udara oleh Israel di Gaza.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi 6 bulan terselamat dalam serangan udara Israel yang bunuh 10 anggota keluarga

Runtuhan bangunan di Gaza, yang dibedil Israel. (Gambar: MAHMUD HAMS / AFP)

Diterbitkan : 16 May 2021 01:32AM Dikemas Kini : 16 May 2021 01:38AM

GAZA: Seorang bayi berusia enam bulan terselamat dalam satu serangan udara oleh Israel di Gaza.

Namun, dia satu-satunya anggota yang terselamat sedang sekurang-kurangnya 10 anggota keluarganya yang lain maut - kebanyakannya kanak-kanak - awal Sabtu (15 mei).

Ini adalah serangan paling dahyat sejak pertempuran dengan tercetus dengan kumpulan bersenjata Hamas awal minggu ini.

Bapa bayi itu, Mohammed Hadidi berkata isterinya dan lima anaknya keluar meraikan Aidilfitri bersama saudara-mara yang lain.

Isterinya dan tiga daripada anaknya - yang berusia antara enam dengan 14 tahun terkorban, manakala seorang anak berusia 11 tahun hilang.

Hanya bayi berusia enam bulan yang bernama Omar itu diketahui terselamat.

Hadidi berkata isterinya, yang beliau kenalpasti sebagai Um Suhaib dan anak lekakinya yang bernama Suhaib, 14 tahun, Abdul Rahman, 8 tahun dan Wissam, 6 tahun terbunuh serta merta.

Bayi itu dikejarkan ke Hospital al-Shifaa di Gaza di mana dia sedang menjalani rawatan bagi tulang kaki yang patah dan luka-luka disebabkan serangan tersebut.

Adik-beradiknya dan saudara-mara yang lain ditempatkan di bilik mayat hospital untuk dikebumikan kemudian.

Sejak Isnin malam (10 Mei), Israel
melancarkan serangan bertubi-tubi ke Carikan Gaza manakala Hamas melancarkan roket ke Israel.

Di Gaza, sekurag-kurangnya 126 orang terbunuh, termasuk 31 kanak-kanak dan 20 wanita; di Israel pula tujuh orang maut, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dan seorang askar.

Insiden berbalas serangan itu berlarutan hingga awal Sabtu, apabila satu serangan udara Israel dilancarkan ke atas sebuah rumah tiga tingkat di kem pelarian di Bandar Gaza, membunuh lapan kanak-kanak dan dua wanita daripada sebuah keluarga besar.

Tentera Israel bagaimanapun tidak segera memberikan respons terhadap permintaan bagi mendapatkan komen.

Sejurus selepas serangan yang membunuh 10 wanita dan kanak-kanak itu, Hamas menyatakan ia melancarkan roket-roket ke arah selatan Israel sebagai tindak balas terhadap serangan udara itu.

Ketegangan bermula di timur Baitulmakdis awal bulan ini, dengan warga Palestin menunjuk perasaan terhadap tindakan Israel mengusir mereka daripada kawasan kejiranan Sheikh Jarrah dan juga langkah polis Israel di Masjid Al-Aqsa, tempat yang seringkali menyaksikan keganasan terletak di Kota Lama yang begitu penting bagi masyarakat Muslim dan Yahudi. 

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan