Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi 2 bulan meninggal dunia dalam pesawat AirAsia

Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, mengesahkan seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dalam pesawatnya semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia, pagi tadi (22 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi 2 bulan meninggal dunia dalam pesawat AirAsia

Gambar fail pesawat AirAsia (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Apr 2019 03:19PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 03:20PM

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia, AirAsia, mengesahkan seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia dalam pesawatnya semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia, pagi tadi (22 Apr).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Astro Awani, AirAsia memaklumkan bayi berkenaan mengalami ‘kecemasan perubatan’ ketika dalam pesawat D7236.

AirAsia menyatakan pesawat itu disambut oleh pasukan pakar perubatan kecemasan dan pihak berkuasa termasuk Polis Australia Barat sejurus sahaja mendarat di Perth.

"Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai keadaan perubatan bayi tersebut. Bagaimanapun, bayi dan keluarga yang terlibat dalam ingatan kami," menurut kenyataan tersebut seperti dilaporkan oleh Astro Awani.

Menyusuli kejadian itu, satu lagi penerbangan ke destinasi sama yang dijadualkan berlepas pada pagi Isnin, jam 6.50 pagi, ditangguhkan ke pukul 11.00 pagi waktu tempatan.

"Keselamatan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan nombor satu kami dan mengikut prosedur, kru penerbangan telah meminta bantuan perubatan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.

"AirAsia akan membantu dan menempah semula penumpang yang mempunyai penerbangan terus dari Kuala Lumpur petang ini.

"AirAsia memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh kelewatan pesawat D7237," menurut kenyataan tersebut seperti ditukil oleh Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan