Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bayi 10 bulan didera kekasih ibu, ginjal rosak

Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan di Malaysia didapati mangalami kerosakan ginjal akibat didera oleh kekasih ibunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi 10 bulan didera kekasih ibu, ginjal rosak

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 27 Dec 2017 10:08AM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 10:11AM

KAJANG: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan di Malaysia didapati mangalami kerosakan ginjal akibat didera oleh kekasih ibunya.

Menurut agensi berita New Straits Times, bayi itu ditumbuk, digigit di telinga dan dicampak ke lantai oleh lelaki berusia 25 tahun yang naik berang mendengar tangisan bayi tersebut.

Pihak polis mendapat tahu tentang kes tersebut pada Jumaat (22 Dis) ketika ibu bayi itu (21 tahun) dan teman lelakinya sendiri yang membuat aduan polis setelah mendapati beberapa kesan luka pada bayinya.

Bayi itu juga dikatakan muntah-muntah dan terdapat kesan darah pada lampinnya. Semasa membuat aduan, lelaki itu turut mengaku bahawa mereka menghantar bayi itu kepada seorang penjaga.

Para doktor di Hospital Kuala Lumpur menjalankan pemeriksaan ke atas adik-beradik bayi berkenaan dan mendapati kesan-kesan kecederaan yang menandakan insiden-insiden penderaan masa lalu.

Kekasih ibu bayi itu mengaku bahawa dia mendera bayi tersebut.

Pasangan itu ditahan oleh pihak polis Malaysia pada Ahad lalu bagi siasatan melibatkan penderaan kanak-kanak.

Mereka akan ditahan reman sehingga hari ini (27 Dis). 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan