Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bayaran ansuran tunai ibadah korban dapat sambutan golongan muda

Satu inisiatif oleh masyarakat Kampung Serkam memperkenalkan bayaran ansuran serendah RM60 (S$19.80) sebulan bagi korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayaran ansuran tunai ibadah korban dapat sambutan golongan muda

Masyarakat tunaikan ibadah koban di Kampung Serkam (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Aug 2019 11:35AM Dikemas Kini : 12 Aug 2019 11:48AM

JASIN: Satu inisiatif oleh masyarakat Kampung Serkam memperkenalkan bayaran ansuran serendah RM60 (S$19.80) sebulan bagi korban sempena Hari Raya Aidiladha.

Penyelaras program korban berkelompok Kampung Serkam, Abdul Hafiz Abu, 40 tahun, berkata program yang mula diperkenalkan tiga tahun lalu mendapat sambutan baik daripada belia kampung tersebut selain dari kampung sekitar.

“Biasanya ibadah korban hanya disertai golongan yang telah berumah tangga dan amat jarang untuk melihat golongan belia menyertai sama, kerana kos seekor lembu yang tinggi iaitu sekitar RM3,500 (S$1,160) seekor,” katanya kepada pemberita pada Ahad (11 Ogos).

Encik Abdul Hafiz berkata bagi memberi galakan kepada golongan belia, kadar ansuran bulanan sebanyak RM60 sebulan selama 11 bulan diperkenalkan dan pada tahun ini lapan ekor dikhaskan untuk mereka yang membayar secara ansuran.

“Kami mendapat idea memperkenalkan bayaran ansuran apabila melihat ramai golongan belia lebih berminat menyertai korban di luar negara yang diperkenalkan agensi, kerana harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada di dalam negara,” tambahnya lagi.

Encik Abdul Hafiz berkata selain itu, program ini juga mengembalikan semula suasana kemeriahan gotong royong masyarakat dalam menunaikan ibadah tahunan itu, dengan tahun ini 100 peserta terlibat menguruskan 20 ekor lembu dan 14 ekor kambing, dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Serkam.

Salah seorang peserta, Abi Suffian Zainudin, 26 tahun, berkata ini merupakan kali kedua beliau menyertai program tersebut dan berterima kasih kepada penganjur, kerana menyediakan kaedah bayaran secara ansuran yang tidak membebankan peserta khususnya generasi belia yang baharu memasuki alam pekerjaan.

“Kadar bayaran ansuran yang rendah membuka peluang kepada kami golongan belia, menunaikan ibadah korban dan semangat muafakat serta kerjasama menyebabkan saya dan rakan-rakan lebih selesa menyertai program di sini, walaupun kampung saya di Port Dickson, Negeri Sembilan,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka.

Encik Abi Suffian berkata setiap tahun, beliau pasti akan ternanti-nanti detik ini (korban) kerana di samping dapat menunaikan ibadah, beliau dapat bergaul mesra dengan masyarakat dan penduduk setempat.

“Paling seronok selepas penat seharian memotong daging, kita akan dapat makan hidangan istimewa bersama-sama,” katanya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan