Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bas terhumban di Peru selepas langgar lori, 48 maut

48 orang mati di Peru apabila sebuah bas menjunam 100 meter di cenuram tepi laut setelah berlanggar dengan sebuah lori.

Anggaran Waktu Membaca:
Bas terhumban di Peru selepas langgar lori, 48 maut

(Gambar: Andina/ AFP).

Diterbitkan : 03 Jan 2018 06:11PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 06:15PM

PASAMAYO: 48 orang mati di Peru apabila sebuah bas menjunam 100 meter di cenuram tepi laut setelah berlanggar dengan sebuah lori.

Nahas itu terjadi pada tengah hari semalam di lebuh raya dekat Pasamayo yang amat berbahaya hingga digelar "selekoh syaitan".

Tempat kejadian terletak 45 kilometer ke utara ibu kota Lima.

Bas tersebut membawa 55 orang termasuk pemandu dan seorang penolong.

Gerakan mencari mangsa-mangsa terpaksa dihentikan pada waktu malam kerana air laut pasang.

Lebuh raya berkenaan khusus untuk lori dan bas.

Terletak di pinggir laut, kawasan ini sering mengalami kabus tebal dan tahap kelembapan tinggi yang boleh menyebabkan permukaan jalannya menjadi licin. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan