Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bas rempuh 7 penganut Hindu tidur di tepi jalan raya

Tujuh penganut Hindu yang sedang tidur di tepi jalan raya di utara India dalam perjalanan ke Sungai Ganges terbunuh selepas dirempuh sebuah bas hari ini (11 Okt), demikian menurut polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Bas rempuh 7 penganut Hindu tidur di tepi jalan raya

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 06:38PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 06:40PM

INDIA: Tujuh penganut Hindu yang sedang tidur di tepi jalan raya di utara India dalam perjalanan ke Sungai Ganges terbunuh selepas dirempuh sebuah bas hari ini (11 Okt), demikian menurut polis.

Pemandu bas itu melarikan diri dan usaha memburu dijalankan menyusuli kejadian itu di Uttar Pradesh.

Tujuh orang yang mati itu - empat wanita dan tiga kanak-kanak adalah dalam kalangan penganut Hindu yang merancang berendam pada awal pagi di Sungai Ganges yang dianggap suci oleh para penganut Hindu.

"Oleh kerana ia masih gelap ketika mereka tiba, mereka memutuskan untuk tidur di tepi jalan raya sementara menantikan waktu subuh," kata Penguasa Polis Santosh Kumar Singh.

"Pada sekitar pukul 4.00 pagi, sebuah lagi bas yang membawa penganut Hindu itu tiba di lokasi itu. Terdapat selekoh di jalan raya dan pemandu itu mungkin tidak menjangkakan orang akan tidur berhampiran jalan raya."

"Apabila beliau membelok, empat wanita dan kanak-kanak terperangkap di bawah tayar bas berkenaan," kata pegawai polis itu.

Lebih 150,000 orang mati setiap tahun di jalan-jalan raya India yang dianggap antara paling berbahaya di dunia.

Para pemandu yang memecut, keadaan jalan raya yang teruk dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah sering dipersalahkan ke atas kematian yang berlaku.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan