Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bas pesiaran hampir tenggelam dalam banjir

Sebuah bas pesiaran terkandas di Kilometer 18 Jalan Kota Tinggi, Mersing kira-kira jam 8.00 pagi tadi (15 Dis), menyusuli banjir yang berlaku di kawasan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Bas pesiaran hampir tenggelam dalam banjir

(Gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 15 Dec 2019 08:20PM Dikemas Kini : 15 Dec 2019 08:23PM

KOTA TINGGI: Sebuah bas pesiaran terkandas di Kilometer 18 Jalan Kota Tinggi, Mersing kira-kira jam 8.00 pagi tadi (15 Dis), menyusuli banjir yang berlaku di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superitenden Ahsmon Bajah mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut sumber orang awam, pemandu dan penumpang berkenaan didapati selamat namun jumlah penumpang yang berada di dalam bas itu masih belum dapat disahkan.

Bagi daerah Kota Tinggi, Jalan Mawai-Bukit Samsu, Jalan Mawai-Sedili, Selekoh Batu 18 Jalan Utama, Batu 17 dan Batu 18 hanya dibuka untuk kenderaan berat sahaja.

Manakala, jalan di Ladang Pasir Logo-Ladang Bukit Kelompok, Ladang Bukit Payong dan Jalan Kampung Mawai Lama ditutup sepenuhnya untuk kenderaan.

Jalan Perani Lok Heng kilometer 10 Kota Tinggi hanya dibuka untuk satu laluan sahaja.

Di daerah Mersing pula, Jalan Telok Arung hanya dibuka satu lorong untuk laluan kenderaan ringan sahaja berikutan tebing jalan terhakis akibat banjir.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan