Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bas 'ditelan' lubang benam, 6 maut

Seramai enam orang maut manakala empat lagi dilaporkan hilang apabila satu lubang benam yang amat besar terbentuk dan ‘menelan’ sebuah bas serta pejalan kaki, lapor media negeri hari ini (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Bas 'ditelan' lubang benam, 6 maut

Bas 'ditelan' lubang benam, 6 maut. (Gambar: STR / AFP)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 04:36PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 04:42PM

BEIJING : Seramai enam orang maut manakala empat lagi dilaporkan hilang apabila satu lubang benam yang amat besar terbentuk dan ‘menelan’ sebuah bas serta pejalan kaki, lapor media negeri hari ini (14 Jan).

Rakaman visual memaparkan orang ramai di perhentian bas melarikan diri daripada jalan yang runtuh, ketika bas berkenaan terjunam ke dalam lubang terbabit.

Beberapa orang dilihat 'hilang' ke dalam lubang sebesar 80 meter persegi di luar sebuah hospital termasuk seorang kanak-kanak.

Kejadian itu turut mencetuskan satu letupan dalam lubang tersebut.

Menurut stesen penyiaran negara, CCTV, kejadian itu berlaku semalam pada kira-kira jam 5.30 petang (waktu tempatan) di Xining, ibu kota wilayah Qinghai.

Agensi berita rasmi Xinhui melaporkan operasi mencari dan menyelamat diancarkan melibatkan lebih 1,000 orang dan 30 kenderaan.

Punca kejadian sedang disiasat.

Xinhui menambah, 16 yang cedera sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan kedaan mereka mantap.

Lubang benam bukan kejadian luar biasa di China, yang lazimnya berlaku kerana kerja-kerja pembinaan dan pembangunan pesat negara.

Pada 2016, sekurang-kurangnya tiga orang terjatuh ke dalam lubang benam besar di wilayah Henan, yang turut menelan sebahagian jalan dan pejalan kaki.

Siasatan awal mendapati, runtuhan itu mungkin berlaku akibat kerosakan paip air bawah tanah yang disebabkan oleh hujan lebat.

Pada 2013, lima individu maut apabila sebuah lubang benam selebar 10 meter terbentuk di kawasan perusahaan Shenzhen. 

Sumber : AFP/NA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan