Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Barisan kabinet Muhyiddin bertujuan tambat hati Perikatan Nasional, kata pakar politik

Pakar-pakar politik dalam analisis mereka menyatakan kejutan-kejutan yang dihasilkan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin menerusi pelantikan kabinetnya bertujuan memenangi hati pemain-pemain politik dalam Perikatan Nasional.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pakar-pakar politik dalam analisis mereka menyatakan kejutan-kejutan yang dihasilkan Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin menerusi pelantikan kabinetnya bertujuan memenangi hati pemain-pemain politik dalam Perikatan Nasional.

Dr Norshahril Saat, misalnya, percaya Encik Muhyiddin berjaya mencapai beberapa hasil penting menerusi barisan kabinetnya itu.

"Kepimpinan parti-parti politik UMNO yang senior misalnya Dato Seri Zahid tidak diberikan jawatan tidak diberi jawatan di dalam kabinet. Begitu juga dengan Presiden PAS.

"Ini pada saya amat mengejutkan kerana mereka dianggap sebagai parti yang menyokong beliau dan pemegang jawatan penting dalam parti ini tetapi tidak diberikan jawatan dalam kabinet.

"Dalam masa sama memperjuangkan ketuanan Melayu dan Islam dalam masa yang sama memegang pada prinsip bahawa setiap ahli politik itu bersih justeru kita melihat kabinet yang dibentuk oleh Muhyiddin ini cuba berdepan dengan dua senario atau situasi yang amat berbeza," kata Zamil Penyelidik ISEAS Dr Norshahril Saat.

Pengarah Institut Asia di Univerisiti Tasmania Profesor James Chin pula berkata perlantikan CEO CIMB Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan misalnya menunjukkan antara agenda utama PM Muhyiddin adalah serius untuk membangkitkan semula ekonomi Malaysia berdasarkan bakat dan mengembalikan keyakinan rakyat.

"Ini bukan kali pertama mereka melantik seseorang dari luar. Najib sebenarnya melantik bekas tokoh Maybank (Abdul Wahid Omar) ke dalam kabinet dan mengendalikan Ehwal Ekonomi.

"Tapi anda betul, tugas utama beliau adalah untuk menghidupkan semula ekonomi Malaysia dan mereka hanya mempunyai tiga tahun untuk melakukannya dengan betul.

"Beliau bukan sahaja harus menghidupkan semula ekonomi tetapi juga mengembangkan ekonomi dan itu akan menjadi sangat sukar dengan semua isu yang dihadapi sekarang," kata Profesor James Chin. 

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan