Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Barisan Exco Melaka gabungan muka lama dan baru

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali hari ini (26 Nov) mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang menyaksikan kombinasi muka lama dan baru termasuk pertukaran portfolio.

Anggaran Waktu Membaca:
Barisan Exco Melaka gabungan muka lama dan baru

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 26 Nov 2021 04:38PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 04:41PM

MELAKA: Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali hari ini (26 Nov) mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang menyaksikan kombinasi muka lama dan baru termasuk pertukaran portfolio.

Menurut senarai yang diperkenan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam, Encik Sulaiman dilantik memegang portfolio Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama.

Muhammad Jailani Khamis kekal memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan manakala Rahmad Mariman yang sebelum ini Exco Kesihatan dan Anti Dadah, dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir.

Sementara itu, lapan muka baru dilantik sebagai Exco kerajaan negeri kali ini termasuk Ab Rauf Yusof yang sebelum ini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang dilantik sebagai Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan.

Berikut adalah senarai penuh Jawatankuasa Negeri Melaka bagi penggal DUN ke-15.

  • Exco Perancang Ekonomi, Kewangan, Pembangunan Tanah, Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Hal Ehwal Agama - Sulaiman Md Ali
  • Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan - Ab Rauf Yusof
  • Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan - Muhammad Jailani Khamis
  • Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir - Rahmad Mariman
  • Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar - Zaidi Atan
  • Exco Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani - Razak Abdul Rahman
  • Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) - V. P. Shanmugam
  • Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan - Kalsom Nordin
  • Exco Kesihatan dan Anti Dadah - Dr Muhamad Akmal Saleh
  • Exco Pendidikan dan Teknologi - Rais Yasin
  • Exco Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna - Ngwe Hee Sem

Encik Sulaiman berkata gabungan Exco yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO, MCA dan MIC itu melambangkan perpaduan dan kerjasama daripada semua kaum di Melaka.
''Gabungan lama, berpengalaman dan baharu daripada pelbagai latar belakang dan profesion inilah barisan terbaik untuk memajukan dan memakmurkan rakyat dalam tempoh lima tahun akan datang,'' katanya pada sidang media khas pengumuman barisan Exco kerajaan negeri di Seri Negeri di sini hari ini.

Majlis angkat sumpah Exco Melaka itu berlangsung 3.00 petang ini di hadapan Mohd Ali di Seri Negeri.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan