Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa tunggal selimutkan 2 anak, tapi beliau sendiri akhirnya mati kesejukan

Seorang bapa dilaporkan mati kesejukan demi melindungi anaknya di wilayah Bueng Kan, menurut polis di Bueng Khong Long.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa tunggal selimutkan 2 anak, tapi beliau sendiri akhirnya mati kesejukan

Mendiang bersama anak-anaknya. (Gambar: khaosod.co.th)

THAILAND: Seorang bapa dilaporkan mati kesejukan demi melindungi anaknya di wilayah Bueng Kan, menurut polis di Bueng Khong Long.

Semasa polis tiba di tempat kejadian yang berlaku pada Sabtu (7 Dis), polis menemui mayat mendiang Prasarn Homthong, 38 tahun, yang merupakan seorang pekerja buruh.

Menurut laman berita khaosod.co.th, mendiang ditemui terbujur kaku dengan berpakaian baju biru berlengan panjang dan seluar pendek hitam.

Siasatan terhadap kenalan mendiang mendapati beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan merupakan bapa tunggal kepada dua anak.

Menurut anak perempuan bongsunya, mereka sekeluarga tidur awal semalam (6 Dis) kerana cuaca sejuk dan ribut di waktu malam, seperti ditukil laman khaosod.co.th.

Hidup dalam serba kedaifan, keluarga itu mempunyai hanya tiga selimut bagi melindungi mereka tiga beranak daripada kesejukan malam.

Menurut anak bongsu mendiang, bapa mereka memberikan kesemua selimut kepada mereka kerana beliau merasakan beliau dapat menahan cuaca sejuk tidur di waktu malam.

Namun, di tengah-tengah waktu malam, anak bongsu mendiang melihatnya menggigil kesejukan lalu beliau memberikannya selimut.

Pada keesokan hari, apabila anak mendiang cuba mengejutkannya, mendiang tidak bergerak dan ternyata sudah meninggal dunia, menurut laman khaosod.co.th.

Pakar perubatan menyimpulkan kematiannya barangkali disebabkan oleh cuaca sejuk pada waktu malam.

Menurut laporan tempatan, pada malam itu, suhu di tempat kejadian adalah 9 darjah Selsius. 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan