Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa maut, anak cedera disambar petir ketika pulang dari solat Jumaat

Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya cedera selepas dipercayai dipanah petir ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Jumaat berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Hujung di Alor Setar pada Jumaat (18 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa maut, anak cedera disambar petir ketika pulang dari solat Jumaat

(Gambar hiasan: Hector Retamal/AFP)

Diterbitkan : 19 Oct 2019 12:11AM Dikemas Kini : 19 Oct 2019 12:12AM

ALOR SETAR: Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya cedera selepas dipercayai dipanah petir ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Jumaat berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Hujung di Alor Setar pada Jumaat (18 Okt). 

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2. 25 petang semasa Norhafizan Mohd Soleh, 39, bersama anak lelakinya yang berusia tujuh tahun baru selesai menunaikan solat di Masjid Rafeah di Taman Uda.

Astro Awani melaporkan, Allahyarham Norhafizan ditemui terbaring bersebelahan sawah padi bersama anaknya Mohd Haziq Norhafizan, yang turut cedera akibat kejadian terbabit.

"Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati Norhafizan telah meninggal dunia manakala anak lelakinya yang masih sedar melecur enam peratus di bahagian badan.

"Anaknya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, dan mayat Norhafizan dihantar ke hospital yang sama untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan. 

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan