Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa mangsa Lion Air saman Boeing

Seorang lelaki Indonesia yang merupakan bapa mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 memfailkan saman terhadap Boeing Co dengan mendakwa bahawa kerosakan dalam reka bentuk pesawat 737 MAX 83 menyebabkannya terhempas.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa mangsa Lion Air saman Boeing

(Gambar fail: Beawiharta/Reuters)

Diterbitkan : 16 Nov 2018 09:22AM Dikemas Kini : 16 Nov 2018 09:24AM

CHICAGO: Seorang lelaki Indonesia yang merupakan bapa mangsa nahas pesawat Lion Air JT610 memfailkan saman terhadap Boeing Co dengan mendakwa bahawa kerosakan dalam reka bentuk pesawat 737 MAX 83 menyebabkannya terhempas.

Saman tersebut dikemukakan oleh bapa kepada Dr. Rio Nanda Pratma pada Rabu lalu (14 Nov) di Mahkamah Daerah County, Illinois.

Berdasarkan pernyataan tuntutannya, lelaki itu mendakwa bahawa Boeing tidak memberi amaran yang memadai kepada Lion Air dan juruterbangnya tentang keadaan reka bentuk pesawat yang tidak selamat.

Anaknya dikatakan dalam perjalanan pulang ke Indonesia selepas menghadiri persidangan ketika insiden itu berlaku.

Peguam Curtis Miner yang mewakili bapa Rio berkata mangsa sepatutnya melangsungkan perkahwinannya minggu ini.

Pesawat JT610 terhempas di Laut Jawa sejurus selepas berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober menyebabkan kesemua 189 penumpang dan anak kapal maut.

Para penyiasat Indonesia dijangka akan mendedahkan laporan awal siasatan tentang nahas itu hujung bulan ini.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan