Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa mabuk suruh bayi 1 tahun pandu kereta SUV

Ketika sedang mabuk, tiada apa yang boleh difikirkan dengan wajar. Ini termasuk membahayakan seseorang yang kita sayangi.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa mabuk suruh bayi 1 tahun pandu kereta SUV

Dominic Green ditahan polis kerana memandu dalam keadaan mabuk. (Gambar fail: Stephen Maturen/ AFP)

Diterbitkan : 15 Jul 2018 07:44PM Dikemas Kini : 15 Jul 2018 07:51PM

MINNEAPOLIS: Ketika sedang mabuk, tiada apa yang boleh difikirkan dengan wajar. Ini termasuk membahayakan seseorang yang kita sayangi.

Mujur bagi Dominic Green, tindakan 'gila' menyuruh bayi lelakinya yang baru berusia satu tahun itu 'memandu', disedari seorang pejalan kaki yang prihatin dan segera membuat aduan polis. Polis kemudian berjaya menahan kereta yang dipandu si bayi.

Menurut Daily Mail, semasa kejadian, Dominic meletakkan anaknya di pangkuan lalu membenarkannya mengawal kereta SUV yang dipandu. Dominic sama sekali tidak memegang stereng kereta.

"Dominic seolah-olah hanya mengarahkan jalan dan memberitahu di mana anaknya perlu membelok," menurut polis tempatan dalam kenyataannya.

"Mujur seorang penduduk memaklumkan kami dan satu tragedi dapat dielak."

Sewaktu ditahan, polis menyatakan bahawa mata Dominic kemerah-merahan dan berair. Dia juga tidak dapat bertutur dengan jelas dan gerak-gerinya seperti orang bodoh.

Daily Mail difahamkan polis menemukan satu botol arak yang terbuka di tempat duduk penumpang. Cawan plastik merah juga ditemui. Dominic sempat menafikan bahawa dia mabuk dan menjelaskan bahawa anaknya berada di belakang stereng kerana mereka hanya ingin mengelilingi kawasan kejiranan.

Polis mengesahkan bahawa Dominic tinggal berdekatan di tempat dia diberkas.

Laporan The Star Tribune menyatakan bahawa Dominic tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Rekod mahkamah juga menunjukkan bahawa Dominic pernah didapati bersalah kerana memandu dalam keadaan mabuk pada awal tahun ini. Dia turut didakwa atas kesalahan memandu laju dan memandu tanpa lesen sebelum ini.

Atas tindakannya yang membahayakan kali ini, dia ditahan di sebuah penjara tempatan dan ikat jamin ditetapkan pada AS$20,000 (S$27,000).  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan