Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa ditahan kelar leher anak sampai mati

Seorang bapa sanggup mengelar leher anak lelakinya sehingga mati di kediaman mereka di Jalan Kemudi, Bernam Jaya, Hulu Bernam pada Rabu (3 Nov) selepas bertengkar akibat menukar siaran televisyen.

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa ditahan kelar leher anak sampai mati

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 04 Nov 2021 03:44PM Dikemas Kini : 04 Nov 2021 03:48PM

KUALA LUMPUR: Seorang bapa sanggup mengelar leher anak lelakinya sehingga mati di kediaman mereka di Jalan Kemudi, Bernam Jaya, Hulu Bernam pada Rabu (3 Nov) selepas bertengkar akibat menukar siaran televisyen.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Arsad Kamaruddin berkata lelaki berusia 71 tahun itu, mengelar leher anaknya yang berumur 37 tahun sebanyak tiga kali menggunakan pisau yang diambil dari dapur, selepas menolak mangsa sehingga jatuh semasa pertengkaran itu.

Katanya selepas kejadian tersebut suspek membuat laporan polis pada pukul 12.55 tengah hari itu, mendakwa anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah akibat luka di leher di ruang tamu rumah mereka, selepas pulang dari kedai.

Beliau berkata siasatan polis mendapati terdapat kesan kelar yang dalam pada leher mangsa yang dilakukan pihak ketiga dan bukannya bunuh diri.

“Suspek kemudian mengaku telah mengelar mangsa serta ditahan untuk siasatan, selain polis turut merampas sebilah pisau, sehelai baju dan seluar yang dipakai suspek.

“Sewaktu kejadian itu berlaku, hanya suspek dan mangsa berada di dalam rumah, manakala ujian saringan air kencing terhadap suspek adalah negatif malah suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya menerusi kenyataan.

Encik Arsad berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek direman sehingga Rabu depan untuk siasatan lanjut.

Sumber : Bernama/IH/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan