Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bapa ajar anak 3 tahun isi peluru pistol

Satu rakaman video tular yang menunjukkan seorang lelaki di India mengajar anaknya berusia tiga tahun mengisi peluru dalam sepucuk pistol mencetuskan siasatan polis pada Jumaat (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Bapa ajar anak 3 tahun isi peluru pistol

Gambar hiasan. (Gambar: JOHN MOORE / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 10:04PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 10:07PM

NEW DELHI: Satu rakaman video tular yang menunjukkan seorang lelaki di India mengajar anaknya berusia tiga tahun mengisi peluru dalam sepucuk pistol mencetuskan siasatan polis pada Jumaat (12 Jul).

Video berkenaan menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki ditunjukkan bagaimana mengisi peluru dalam pistol. Seorang lelaki kemudian, menyerahkan senjata api itu sambil mengacukan laras kepadanya.

Menurut polis, lelaki itu yang mengendalikan sebuah sekolah untuk kanak-kanak miskin di Maharashtra, barat India mempunyai permit bagi senjata itu.

“Beliau sudah menghantar dokumen-dokumen yang relevan kepada kami,” menurut inspektor polis, Encik B. Pandhare sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa anaknya sekadar ‘ingin tahu’ mengenai pistol tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan