Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan" - Dr Mahathir

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Anggaran Waktu Membaca:
"Banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan" - Dr Mahathir

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 08:01AM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 08:04AM

HULU SELANGOR: Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Beliau berkata antara keutamaan sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Secepat mungkin,” katanya secara berseloroh apabila ditanya bila beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan.

“Terdapat banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi, saya perlu tahu kenapa masalah-masalah itu dibangkitkan dan mencari penyelesaian,” jelasnya.

Perdana Menteri itu berkata demikian selepas melawat depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA), di Serendah, semalam (13 Jan).

Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan dipecahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mahathir berkata: “Itu akan menjadi perkara yang akan saya pertimbangkan mengikut saranan anda (wartawan).”

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan