Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan terhadap keganasan jantina banjiri Sepanyol

Para penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya di Madrid dan puluhan bandar lain pada Jumaat (20 Sep) bagi meningkatkan perhatian kepada keganasan terhadap wanita, sekali gus menuntut tindakan lebih tegas.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan terhadap keganasan jantina banjiri Sepanyol

Para penunjuk perasaan membanjiri dataran tengah Plaza de Sol pada 20 Sep 2019 meskipun hujan lebat. (Gambar: Oscar del Pozo/AFP)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 01:24PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 01:26PM

MADRID: Para penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya di Madrid dan puluhan bandar lain pada Jumaat (20 Sep) bagi meningkatkan perhatian kepada keganasan terhadap wanita, sekali gus menuntut tindakan lebih tegas.

Sambil melaungkan cogan kata ‘mereka membunuh kami’ dan membawa sepanduk bertulis ‘tiada keadilan’ atau ‘nyawa wanita penting’, ribuan penunjuk perasaan, kebanyakannya wanita, membanjiri dataran Puerta del Sol untuk menyertai perarakan anjuran pelbagai kumpulan hak asasi wanita.

Ramai peserta dilihat mengenakan pakaian berwarna ungu iaitu warna rasmi gerakan feminis atau memegang lilin, pelita, obor dan telefon bimbit bagi mengenang semua mangsa keganasan domestik.

Tunjuk perasaan seumpama itu diadakan selepas beberapa kes rogol berprofil tinggi dan peningkatan jumlah wanita yang maut di tangan pasangan atau bekas pasangan masing-masing.

Menurut perangkaan kementerian dalam negeri, sejumlah 42 wanita maut dalam serangan keganasan domestik setakat ini termasuk 19 sepanjang musim panas lalu.

“Mengapa mereka membunuh kami? Mengapa ahli politik membenarkan ia berlaku? Sudah tiba masanya mereka melakukan sesuatu dan inilah sebabnya kami berada di sini, di dalam hujan bersama kemarahan,” kata seorang penolong pentadbiran, Ana Maria Cano, 53 tahun.

Parlimen Sepanyol pada 2004 sebulat suara meluluskan undang-undang pertama di Eropah bagi mengekang keganasan terhadap wanita yang turut menawarkan bantuan guaman percuma dan menubuhkan mahkamah khas untuk semua mangsa.

Pada lewat 2017, parlimen Sepanyol secara sebulat suara turut meluluskan beberapa siri langkah untuk menambah baik undang-undang asal berkenaan.

Sekalipun demikian, 1,107 wanita Sepanyol maut di tangan bekas pasangan atau pasangan masing-masing sejak kematian kes sedemikian mula direkodkan secara rasmi pada 2003. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan