Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan rang ekstradisi HK: Petisyen 50,000 orang kepung bangunan parlimen diadakan

Para penduduk Hong Kong dijangka mengadakan lebih banyak bantahan menentang rang undang-undang ekstradisi yang membolehkan seseorang dihantar ke China untuk menjalani perbicaraan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2019 05:39PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 09:56PM

HONG KONG: Para penduduk Hong Kong dijangka mengadakan lebih banyak bantahan menentang rang undang-undang ekstradisi yang membolehkan seseorang dihantar ke China untuk menjalani perbicaraan.

Satu petisyen di wadah online meminta 50,000 orang mengepung bangunan parlimen Hong Kong mulai 10.00 malam hari ini (11 Jun) hingga esok apabila Dewan mengadakan pusingan kedua perbahasan mengenai rang tersebut.

Hampir 2,000 kedai runcit pula mengumumkan rancangan mengadakan mogok, satu langkah agak luar biasa di Hong Kong yang kuat mengamalkan ekonomi kapitalis.

Dalam satu lagi langkah luar biasa juga, tokoh-tokoh perniagaan Hong Kong memberi amaran bahawa langkah pemerintah untuk meneruskan rang tersebut boleh menggugat keyakinan pelabur dan menghakis daya saing wilayah itu.

Pada Isnin (10 Jun), pemimpin Hong Kong yang pro-Beijing berkata beliau tidak bercadang membatalkan rancangan kontroversi untuk membenarkan ekstradisi ke tanah besar China sehari selepas sejumlah besar penduduk keluar berarak membantah cadangan itu.

Cadangan tersebut mencetuskan bantahan dan membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat perniagaan, diplomat serta guaman yang bimbang rang undang-undang berkenaan akan menjerat rakyat dalam sistem mahkamah China yang dipolitikkan.

Britain memulangkan Hong Kong kepada China pada tahun 1997 di bawah formula "satu negara, dua sistem". Ia memberi jaminan bahawa autonomi dan kebebasan Hong Kong termasuk dalam sistem kehakiman akan dilindungi.

Sumber : CNA/MU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan