Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan menentang undang-undang kerakyatan baru merebak di India; Menteri Amit Shah seru rakyat bertenang

Menteri Ehwal Dalam Negeri India Amit Shah menyeru agar rakyat negara itu bertenang sedang bantahan ganas menentang undang-undang kerakyatan yang baru semakin merebak.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan menentang undang-undang kerakyatan baru merebak di India; Menteri Amit Shah seru rakyat bertenang

Sebuah bas dibakar oleh penunjuk perasaan semasa bantahan terhadap undang-undang kerakyatan baru di New Delhi, India, pada 15 Dis 2019. (Gambar: Adnan Abidi/REUTERS)

Diterbitkan : 16 Dec 2019 03:59PM Dikemas Kini : 16 Dec 2019 04:00PM

NEW DELHI: Menteri Ehwal Dalam Negeri India Amit Shah menyeru agar rakyat negara itu bertenang sedang bantahan ganas menentang undang-undang kerakyatan yang baru semakin merebak.

Semalam (15 Dis) sahaja, sekitar 4,000 penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya di sekitar New Delhi.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan belantan untuk menyuraikan para penunjuk perasaan.

Bantahan dan mogok lapar, yang sudah berlarutan selama lima hari itu, berlaku selepas parlimen meluluskan rang undang-undang yang bertujuan mempercepat proses permohonan kerakyatan bagi pelarian daripada kaum minoriti beberapa negara.

Bagaimanapun, ia tidak meliputi pelarian beragama Islam.

Sesetengah penunjuk perasaan juga bimbang undang-undang baru itu akan mengundang pembanjiran warga asing ke negara tersebut.

Setakat ini, enam orang terbunuh termasuk tiga yang ditembak oleh polis berikutan bantahan ganas itu.

Sebahagian penunjuk perasaan menyembunyikan diri di Universiti Jamia Milia Islamia selepas diburu polis. Beberapa orang pelajar ditahan.

Jurucakap hospital menyatakan lebih 60 orang pelajar kini dirawat kerana mengalami kecederaan.  

Sumber : AFP/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan