Images
  • carrie lam hk
    Ketua Eksekutif Hong Kong di sidang media pada 13 Ogos (Gambar: AFP)

Bantahan lanjut akan jerumuskan Hong Kong kepada kehancuran, tegas Carrie Lam

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam memberi amaran bantahan ganas yang berterusan boleh menjerumuskan bandar itu ke jurang kehancuran.

Dalam sidang media yang berlangsung agak tegang hari ini (13 Ogos), Cik Lam berkata peraturan undang-undang di Hong Kong terjejas teruk dan bandar itu memerlukan masa yang lama untuk pulih kembali.

Cik Lam menambah bahawa tindakan para penunjuk perasaan seperti menyerang balai-balai polis dan menggunakan bom minyak mencetuskan huru-hara dalam masyarakat Hong Kong.

Sehubungan dengan itu, Cik Lam mempertahankan tindakan tegas polis dalam menangani para penunjuk perasaan.

"Tanggungjawab Ketua Eksekutif adalah untuk memastikan Hong Kong kekal selamat dan patuh pada undang-undang," tegas Cik Lam.

"Itulah tanggungjawab utama saya kerana tanpa peraturan undang-undang, tanpa ketenteraman di Hong Kong, amat sukar untuk memastikan 7 juta penduduk Hong Kong dapat meneruskan kehidupan dengan aman."

Semalam China memberi amaran bahawa bantahan-bantahan anti-pemerintah di Hong Kong sekarang sudah mula menunjukkan unsur-unsur pengganasan.

- Agensi berita/MU/tq

Top