Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan haram di Thailand perlu dikawal, tegas PM Prayut

Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata pihak berkuasa perlu mengawal bantahan haram yang mencemarkan negara itu sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan haram di Thailand perlu dikawal, tegas PM Prayut

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Oct 2020 06:27PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 06:29PM

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata pihak berkuasa perlu mengawal bantahan haram yang mencemarkan negara itu sekarang.

Beliau berkata demikian semasa satu sesi khas parlimen pada Isnin (26 Okt), yang diadakan bagi mencari jalan keluar kepada kemelut politik Thailand itu, yang berlarutan sejak Julai lalu.

Para pelajar Thailand yang memimpin bantahan di Bangkok, menuntut tiga perkara.

Ini termasuk peletakan jawatan Perdana Menteri Chan-o-cha, meminda perlembagaan negara dan merombak semula sistem diraja Thailand.

Meskipun Encik Chan-o-cha mengiktirafnya, tuntutan-tuntutan tersebut tidak disertakan dalam agenda parlimen pada dua hari seterusnya.

Para penunjuk perasaan tidak yakin parlimen Thailand akan dapat mengemukakan sebarang huraian.

Usaha kerajaan itu dilihat sebagai tidak ikhlas.

Para aktivis juga menarik perhatian tajuk-tajuk perbincangan yang akan dibincangkan di parlimen lebih tertumpu kepada risiko penularan COVID-19 dalam bantahan.

Para penunjuk perasaan anti-kerajaan juga sedang merancang untuk mengadakan bantahan di luar Kedutaan Jerman sebagai membantah Raja Thailand yang meluangkan masa di Jerman.

Sumber : Agensi berita/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan