Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan di Hong Kong: Seorang pelajar maut terjatuh dari bangunan

Seorang pelajar Hong Kong yang terjatuh di sebuah tempat letak kereta semasa polis dan penunjuk perasaan bertempur minggu lalu, disahkan meninggal dunia, menurut pegawai hospital hari ini (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Bantahan di Hong Kong: Seorang pelajar maut terjatuh dari bangunan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 08 Nov 2019 04:36PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 04:40PM

HONG KONG: Seorang pelajar Hong Kong yang terjatuh di sebuah tempat letak kereta semasa polis dan penunjuk perasaan bertempur minggu lalu, disahkan meninggal dunia, menurut pegawai hospital hari ini (8 Nov).

Penuntut jurusan Sains Komputer, Alex Chow, 22 tahun meninggal dunia pada pukul 8.09 pagi tadi, menurut Hospital Queen Elizabeth.

Pada awal pagi Isnin lalu, beliau dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan.

Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sebuah tempat letak kereta ketika polis melepaskan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang melempar objek dari bangunan berkenaan.

Para penunjuk perasaan mendakwa Chow terjatuh selepas terpaksa memanjat belebas tempat letak kereta bertingkat itu ketika cuba melarikan diri dari gas pemedih mata yang dilepaskan polis.

Polis mengaku menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan namun menafikan dakwaan melengahkan pegawai perubatan untuk merawat pelajar tersebut.

Sejak Jun lalu, Hong Kong dibelenggu tunjuk perasaan prodemokrasi ganas yang menuntut kebebasan demokrasi yang lebih meluas dan siasatan ke atas penindasan pihak polis.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan