Images
  • thai
    (Gambar: Pichayada Promchertchoo)

Bantahan besar-besaran di Bangkok dikhuatiri cetus keganasan di Thailand

BANGKOK: Para penunjuk perasaan antikerajaan dan para penyokong perlembagaan DiRaja mengadakan bantahan besar-besaran di ibu kota Bangkok.

Ia sekali gus mencetuskan keprihatinan akan keganasan akan kembali berlaku seperti semasa rampasan kuasa tentera pada tahun 2014.

Pagi tadi (14 Okt), ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Monumen Demokrasi di Bangkok bagi menuntut perlembagaan baru.

Mereka juga mendesak agar Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha disingkirkan.

Ratusan penyokong kerajaan Thai, turut berhimpun di kawasan yang sama bagi membuktikan sokongan mereka.

Tunjuk perasan anti kerajaan itu diadakan sempena ulang tahun pemberontakan tahun 1973, yang menyaksikan kerajaan tentera ketika itu digulingkan.

Ini juga merupakan kali keempat para penunjuk perasaan mengadakan bantahan dalam masa beberapa bulan sahaja. 

- Agensi berita/AI/na

Top