Images
  • protest (1)
    Keadaan di Hong Kong terus tegang hari ini menyusuli bantahan ganas semalam. (Gambar: Tyrone Siu/REUTERS)

Bantahan berlarutan di Hong Kong berhubung rang ekstradisi

HONG KONG: Keadaan di Hong Kong terus tegang hari ini (13 Jun) menyusuli bantahan ganas semalam kerana menentang rang undang-undang ekstradisi.

Majlis Perundangan wilayah khas China itu sepatutnya memulakan pusingan kedua perbahasan rang tersebut semalam. Namun ia ditangguhkan hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan.

Hari ini, ratusan orang masih mengadakan bantahan di Hong Kong terutama sekali di sekitar kawasan bangunan parlimen.

Rang tersebut mencetuskan tengkarah kerana ia membolehkan seseorang suspek dihantar ke China untuk dibicarakan.

Para penentangnya berkata sekiranya parlimen meluluskan rang itu ia akan mendedahkan para penduduk Hong Kong kepada sistem keadilan China. Mereka sangsi terhadap kewibawaan sistem keadilan di China.

Selain penduduk Hong Kong, rang tersebut meliputi juga rakyat asing dan warga China yang tinggal atau mengunjungi wilayah pentadbiran khas itu.

- Agensi berita/MU/na

Top