Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bantahan berhubung Baitulmakdis berterusan di Tebing Barat

Para penduduk Palestin di Baitullaham, Tebing Barat, terus mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan membantah keputusan Presiden Trump mengisytiharkan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Dec 2017 09:39PM Dikemas Kini : 24 Dec 2017 09:42PM

BAITULLAHAM, TEBING BARAT: Para penduduk Palestin di Baitullaham, Tebing Barat, terus mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan membantah keputusan Presiden Trump mengisytiharkan Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Baitullaham biasanya sesak dengan para pelancong pada musim perayaan tetapi tiada pelancong yang kelihatan kali ini. Sebaliknya, para penunjuk perasaandilihat bertempur dengan tentera Israel yang melepaskan gas pemedih mata.

Tunjuk perasaan itu juga sebagai membantah kematian dua orang penduduk Palestin yang ditembak mati oleh tentera Israel kelmarin.

Keganasan berterusan walaupun kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menggesa pihak berkuasa Israel supaya berhenti "menggunakan kekerasan yang keterlaluan" terhadap penunjuk-penunjuk perasaan.

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan