Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bank Dunia mohon dana AS$12 bilion; bantu negara miskin beli, agih vaksin COVID-19

Bank Dunia pada Selasa (29 Sep) menyatakan bahawa ia sudah meminta lembaga pengarahnya untuk meluluskan dana bernilai AS$12 bilion (S$16.4 bilion) bagi membantu negara-negara miskin membeli dan mengagihkan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Bank Dunia mohon dana AS$12 bilion; bantu negara miskin beli, agih vaksin COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 12:32PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 12:36PM

WASHINGTON: Bank Dunia pada Selasa (29 Sep) menyatakan bahawa ia sudah meminta lembaga pengarahnya untuk meluluskan dana bernilai AS$12 bilion (S$16.4 bilion) bagi membantu negara-negara miskin membeli dan mengagihkan vaksin COVID-19.

Bank itu sudahpun melaksanakan program tindak balas kecemasan di 111 negara dan dana tambahan, jika diluluskan kelak, akan digunakan bagi membantu negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Vaksin COVID-19 yang berkesan dan selamat adalah langkah paling menjanjikan untuk membuka semula dunia dengan selamat," kata seorang jurucakap Bank Dunia.

"Ekonomi sejagat tidak akan pulih sepenuhnya selagi orang ramai dapat benar-benar merasakan bahawa mereka boleh menjalani kehidupan, bergaul, bekerja dan melancong dengan penuh keyakinan."

Dana itu akan diagihkan sepanjang tempoh 12 hingga 18 bulan.

Vaksin COVID-19 belum lagi dipasarkan secara komersil namun Presiden Bank Dunia David Malpass memberitahu akhbar Perancis Le Figaro bahawa "proses mengagihkan vaksin adalah rumit" dan adalah penting untuk menjangkakan keperluan yang berkaitan dengannya.

"Kami mahu negara-negara paling miskin mempunyai akses untuk mendapatkannya (vaksin), dan bagi negara-negara itu, kami mahu individu paling mudah terjejas dan kakitangan perubatan diberikan suntikan vaksin," katanya lagi.

Bank Dunia menghulurkan bantuan kewangan sebanyak AS$45 bilion (S$61.6 bilion) yang merupakan satu paras rekod antara April dengan Jun sedang ekonomi global terus menguncup di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan