Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bank Dunia beri AS$300 juta kepada DR Congo bagi tangani penularan Ebola

Bank Dunia mengumumkan pada Rabu (24 Jul) bahawa ia akan mengerahkan bantuan krisis bernilai AS$300 juta (S$409 juta) kepada DR Congo bagi membantu menangani penularan Ebola.

Anggaran Waktu Membaca:
Bank Dunia beri AS$300 juta kepada DR Congo bagi tangani penularan Ebola

Ebola sudah meragut lebih 1,700 nyawa di Liberia, Guinea dan Sierra Leone. (Gambar fail: Pamela TULIZO/AFP)

Diterbitkan : 25 Jul 2019 12:05PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 12:09PM

WASHINGTON: Bank Dunia mengumumkan pada Rabu (24 Jul) bahawa ia akan mengerahkan bantuan krisis bernilai AS$300 juta (S$409 juta) kepada DR Congo bagi membantu menangani penularan Ebola.

Pembiayaan itu diumumkan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan virus itu sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang menimbulkan Keprihatinan Antarabangsa pada minggu lalu.

Jumlah itu akan ditambah kepada dana S$100 juta (S$136 juta) yang disediakan oleh bank itu setelah virus Ebola muncul pada Ogos 2018, menurut Bank Dunia dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun para pegawai berkata, lagi S$200 juta (S$272 juta) mungkin diperlukan dalam enam bulan ke depan.

"Kami mesti bersama-sama mengambil tindakan segera untuk membasmi penularan Ebola yang memusnahkan kehidupan dan sara hidup penduduk Democratic Republic of Congo," menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kristalina Georgieva dalam satu kenyataan.

Sejak Ogos tahun lalu, Ebola sudah meragut lebih 1,700 nyawa daripada 2,500 individu yang dijangkiti virus itu antara tahun 2014 hingga 2016 di Liberia, Guinea dan Sierra Leone.

Pengarah Agung WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus mengalu-alukan pengumuman tersebut.

"Saya berharap ini akan mendorong pihak-pihak lain untuk meningkatkan sumbangan masing-masing bagi mengakhiri penularan wabak itu," menurutnya di Twitter.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan