Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir kilat Papua ragut nyawa sekurang-kurangnya 50 orang

Sekurang-kurangnya 50 orang maut akibat banjir kilat yang melanda wilayah Papua di bahagian timur Indonesia, sedang para penyelamat mengejar masa untuk mencari lebih ramai mangsa bencana, kata seorang pegawai hari ini (17 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Mar 2019 05:56PM Dikemas Kini : 17 Mar 2019 11:19PM

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 50 orang maut akibat banjir kilat yang melanda wilayah Papua di bahagian timur Indonesia, sedang para penyelamat mengejar masa untuk mencari lebih ramai mangsa bencana, kata seorang pegawai hari ini (17 Mac).

Banjir di Sentani, di ibu kota Jayapura dicetuskan oleh hujan lebat dan kejadian tanah runtuh pada Sabtu (16 Mac). Seramai 59 orang dilaporkan cedera akibat kejadian tersebut.

Berpuluh-puluh rumah turut musnah akibat air bah, kata jurucakap agensi bencana nasional (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho.

"Banjir itu mungkin berlaku akibat kejadian tanah runtuh," katanya.

Menurut beliau, pihak berkuasa yang disokong oleh Persatuan Palang Merah dan para sukarelawan sedang memberi respons untuk membantu para penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Banjir biasa berlaku di Indonesia, terutama sekali pada musim hujan antara Oktober hingga April.

Pada Januari, sekurang-kurangnya 70 orang terkorban akibat banjir dan kejadian tanah runtuh di pulau Sulawesi. Pada awal bulan ini pula, beratus-ratus penduduk Jawa Barat terpaksa berpindah ke tempat lebih selamat apabila hujan lebat mencetuskan banjir dahsyat di wilayah tersebut.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan