Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir kilat di New Zealand, ratusan penduduk dipindahkan

Banjir kilat dan hujan berterusan di South Island, New Zealand, menyebabkan ratusan orang pelancong terkandas dan ramai penduduk terpaksa dipindahkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir kilat di New Zealand, ratusan penduduk dipindahkan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 05 Feb 2020 07:03PM Dikemas Kini : 05 Feb 2020 07:07PM

NEW ZEALAND: Banjir kilat dan hujan berterusan di South Island, New Zealand, menyebabkan ratusan orang pelancong terkandas dan ramai penduduk terpaksa dipindahkan.

Banyak sungai juga melimpahi tebing dan bekalan elektrik kepada ribuan penduduk terputus.

Keadaan kecemasan diisytiharkan selepas hujan lebat lebih 1,000 milimeter dicatatkan dalam tempoh 60 jam.

Para penduduk di kawasan rendah digalakkan berpindah kerana air bah yang terus meningkat.

Awal minggu ini, pasukan penyelamat berjaya memindah keluar hampir 500 pelancong selepas kawasan Milford Sound terputus laluan darat akibat air bah.

Ramai lagi masih terkandas.

Menurut pihak berkuasa, paras air bah akan kembali ke paras biasa dalam masa beberapa hari lagi.

Sumber : AFP/AA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan