Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir kilat di Gua Rusa: Pelancong warga Belanda ditemui maut

Seorang pelancong yang dilaporkan hilang semasa banjir kilat di Gua Rusa, Sarawak, ditemui maut awal pagi tadi (13 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir kilat di Gua Rusa: Pelancong warga Belanda ditemui maut

Seorang pelancong yang dilaporkan hilang semasa banjir kilat di Gua Rusa, Sarawak, ditemui maut. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jul 2019 04:43PM Dikemas Kini : 13 Jul 2019 04:48PM

SARAWAK: Seorang pelancong yang dilaporkan hilang semasa banjir kilat di Gua Rusa, Sarawak, ditemui maut awal pagi tadi (13 Jul).

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan mangsa ialah Encik Peter Hans berusia 66 tahun dari Belanda.

Encik Hans dan seorang pemandu pelancong tempatan dilaporkan hilang dalam banjir kilat itu yang melanda hampir 6.00 petang semalam.

Pihak berkuasa menyatakan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan bagi pemandu pelancong tempatan itu.

Gua Rusa yang terletak di Taman Negara Mulu adalah destinasi popular bagi para pelancong.

Pada tahun 2000, gua itu diisytiharkan sebagai sebuah Tapak Warisan Sedunia UNESCO.

Sumber : Bernama/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan