Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir Kelantan semakin membimbangkan, jumlah mangsa meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 14,402 orang pada 8.00 pagi ini berbanding 13,873 orang pada 9.00 malam semalam (30 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir Kelantan semakin membimbangkan, jumlah mangsa meningkat

Gambar fail banjir di Kelantan. (Gambar: Facebook Hanya Di Kelate)

Diterbitkan : 01 Dec 2017 02:38PM Dikemas Kini : 01 Dec 2017 07:48PM

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 14,402 orang pada 8.00 pagi ini berbanding 13,873 orang pada 9.00 malam semalam (30 Nov).

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 5,717 keluarga itu ditempatkan di 66 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Gua Musang.

Gua Musang merupakan daerah terbaru dilanda musibah berkenaan apabila seramai 142 mangsa daripada 32 keluarga dipindahkan ke dua PPS yang mula dibuka malam semalam (30 Nov).

Pasir Mas terus mencatat angka tertinggi dengan 10,646 mangsa daripada 4,482 keluarga yang dipindahkan ke 40 PPS, diikuti Tumpat dengan 2,266 mangsa daripada 794 keluarga yang ditempatkan ke enam PPS.

Selain itu, seramai 828 mangsa daripada 247 keluarga ditempatkan di lapan PPS di Pasir Puteh, 214 mangsa daripada 63 keluarga dipindahkan ke empat PPS di Kota Bharu dan 141 mangsa daripada 43 keluarga masih berada di tiga PPS di Tanah Merah.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dilaporkan menurun kepada 10.29 meter pada 8.00 pagi ini berbanding 10.34 meter pada 8.00 malam tadi. Paras bahaya ialah sembilan meter.

Portal eBanjir Kelantan, ebanjir.kelantan.gov.my pula melaporkan tiada jalan utama ditutup kepada kenderaan setakat tengah hari tadi (1 Dis) manakala hujan kadangkala lebat dilaporkan berlaku di beberapa tempat.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan