Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir Johor kian pulih; hanya Muar masih terjejas

Keadaan banjir di Johor dilihat semakin pulih apabila jumlah mangsa yang terlibat terus berkurangan setakat 12.00 tengah hari ini (28 Jun) kepada hanya 145 orang, merangkumi 40 keluarga, berbanding 177 orang daripada 47 keluarga malam tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir Johor kian pulih; hanya Muar masih terjejas
Diterbitkan : 28 Jun 2020 03:57PM Dikemas Kini : 28 Jun 2020 04:01PM

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor dilihat semakin pulih apabila jumlah mangsa yang terlibat terus berkurangan setakat 12.00 tengah hari ini (28 Jun) kepada hanya 145 orang, merangkumi 40 keluarga, berbanding 177 orang daripada 47 keluarga malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan, berkata kesemua mangsa banjir di Batu Pahat sudah dibenarkan pulang dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah itu ditutup pada 10.00 pagi tadi.

“Di Muar, dua PPS masih beroperasi iaitu PPS SK Seri Menanti yang menempatkan  95 orang daripada 26 keluarga melibatkan penduduk Kampung Sarang Buaya dan PPS SK Orang Kaya dengan 50 mangsa merangkumi 14 keluarga dari Kampung Seri Menanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan