Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Kedah semakin surut, penduduk terjejas kian berkurangan

Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah sejak pukul 8.00 pagi ini terus menurun kepada 54 orang berbanding 212 orang semalam (17 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Kedah semakin surut, penduduk terjejas kian berkurangan

Kawasan yang dilanda banjir di Kedah. (Gambar: Pusat Gerakan Banjir Kedah/ Facebook)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 11:17AM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 11:23AM

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah sejak pukul 8.00 pagi ini terus menurun kepada 54 orang berbanding 212 orang semalam (17 Nov).

Pegawai pertahanan awam tempatan, Kapten Kamalruzamal Kasa berkata, hanya dua pusat pemindahan yang menempatkan 14 keluarga dibuka di Kubang Pasu.

Di mukim Jitra, terdapat 24 mangsa ditempatkan di Dewan Tokong Cina, manakala di Dewan kubur Siam yang sebelum ini menempatkan 158 mangsa banjir sudahpun ditutup kira-kira pukul 9.00 malam tadi dan kesemua mangsa dibenarkan pulang.

Di mukim Malau, 30 orang masih ditempatkan di pusat pemindahan di Kampung Lahar.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah mangsa banjir dijangka akan terus berkurangan berikutan kebanyakan kawasan mulai surut dan melancarkan aliran air ke sungai.

Kemungkinan beberapa pusat pemindahan akan ditutup jika cuaca cerah hari ini (18 Nov), tambahnya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan