Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Banjir di Johor terus buruk; 3 lagi daerah terjejas

Hujan lebat yang berterusan di Johor menyebabkan tiga lagi daerah dilanda banjir, menjadikan keseluruhan kawasan yang terjejas setakat ini meningkat kepada lima daerah.

Anggaran Waktu Membaca:
Banjir di Johor terus buruk; 3 lagi daerah terjejas

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 10:12PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 10:14PM

JOHOR BAHRU: Hujan lebat yang berterusan di Johor menyebabkan tiga lagi daerah dilanda banjir, menjadikan keseluruhan kawasan yang terjejas setakat ini meningkat kepada lima daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, dalam kenyataan berkata tiga kawasan baharu itu ialah Kulai, Kluang serta Segamat manakala dua daerah yang terjejas sebelum ini adalah Mersing dan Kota Tinggi.

Beliau berkata ekoran keadaan yang makin memburuk itu, jumlah mangsa banjir kini meningkat kepada 1,364 mangsa daripada 355 keluarga setakat pukul 3.00 petang berbanding hanya 171 mangsa daripada 45 keluarga sebelah pagi tadi (14 Dis).

Semua mangsa kini ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu sembilan PPS di Kota Tinggi, Kluang (enam), Mersing (empat) dan masing-masing sebuah di Segamat dan Kulai.

Encik Tan menambah bencana banjir turut mengakibatkan lima laluan di dua daerah ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan kerana dinaiki air dan mengalami tanah runtuh.

Tiga laluan tersebut terletak di daerah Kota Tinggi merangkumi Jalan Batu 18, Jalan Ladang Pasir Logok-Ladang Bukit Berkelompok dan Jalan Ladang Bukit Payong yang kesemuanya berhampiran Kampung Tunjuk Laut.

Dua lagi laluan adalah di Mersing meliputi Jalan Tenggaroh 3 menuju ke Mawai/ Kota Tinggi/ Sedili serta Jalan Endau Batu 12 ke Rompin. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan